-->

Love Our Nature with Recreation

Home About Contact FAQ
rss
about us
Unknown
View my complete profile

About

Powered by Blogger.
Kelab Rekreasi Uitm Kedah

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

    recent posts

    Comments

KRAF PERKHEMAHAN

- Tuesday, 29 October 2013



Khemah Patrok Berabung


  Sempurna dan canggih.
·         Didirikan semasa perhimpunan pengakap untuk Jambori dan Korobori.
·         Markas bagi pegawai dan urus setia.
·         Strukturnya sangat mudah iaitu berasakan dua batang tiang seri dan rabung.
·         Ketegangan dan kerengangannnya bergantung kepada  empat utas teraju besar.

Khemah Pathtinder
·         Bentuknnya ringkas.
·         Menggunakan anak kayu yang dipaut untuk mengantung khemah.
·         Digunakan untuk berteduh bagi pemburu, pemancing, pengembara dah ahli kaji ukur yang tinggal sehari dua di dalam hutan.
·         Fabriknya nylon dan poplin kalis air.
·         Tiada alasbumi (groundsheet) dan jejari serangga.

Khemah Hike
·         Popular kepada ahli sukan rekreasi dan kembara.
·         Mudah dipasang dan dirombak.
·         Fabriknya poplin kalis air.
·         Dikenali juga sebagai khemah ‘instant’.

Khemah Galang Galah
·         Popular di Amerika Syarikat khususnya pada musim panas.
·         Bentuknya mudah.
·         Apabila dipasang, ia mempunyai anjung untuk berehat dan mempunyai jejaring serangga.

Khemah Condong
·         Bahagian hadapan khemah ini terbuka.
·         Digunakan oleh mereka yang tahan lasak dan tidak hiraukan kerenah cuaca.
·         Sesuai untuk persekitaran hutan tebal yang tiada tiupan angin kencang dan musim banyak serangga.

Khemah Ahli Perhutanan
·         Dua batang tiang diikat bentuk’n’ dan direnggangkan ke pancang.
·         Menggunakan satu lembar tali rabung yang direnggangkan.
·         Mempunyai jejaring serangga dan pintunya boleh digulung dan dilabuhkan bila perlu.

Khemah Pendaki
·         Kecil, ringan dan tahan lasak.
·         Diperbuat daripada nylon yang ringan.
·         Mudah dipasang dan dirombak.
·         Ringan untuk dibawa.
·         Tahan lasak terhadap cuaca terlampau.
·         Agak mahal.

Khemah Tarp
·         Khusus untuk mereka yang berperahu.
·         Perahu, canoe atau kayak disendengkan.
·         Satu layar khemah diregangkan di atasnya dengan menggunakan pancang.
Khemah Ringkas
·         Amat ringkas.
·         Hanya menggunakan seutas tali dan sekeping taupolin sebagai bumbung.



Khemah Iglo
·         Khemah pasang siap.
·         Mudah dipasang dan dirombak.
·         Ringan.
·         Sesuai untuk 2, 4, 6 dan 8 orang.
·         Tanpa menggunakan pancang.

Pengetahuan berkhemah

Sebelum:
1)      Jawatankuasa
2)      Kenalpasti  kawasan
3)      Peralatan
4)      Makanan
5)      Pengangkutan
6)      Pihak berwajib
7)      Insurans
8)      Pakaian

Semasa:
1)      Bersih kawasan
2)      Mendirikan khemah
3)      Tempat memasak
4)      Tempat membuang sampah
5)      Tandas
6)      Penyidai
7)      Lampu
8)      Kawalan malam

Selepas:
1)      Bersih kawasan
2)      Menimbus lubang sampah
3)      Menurunkan khemah
4)      Memaklumkan pihak berwajib
5)      Membersih dan menyimpan alatan
6)      Post mortem

Peraturan Perkhemahan
·         Jangan tinggalkan khemah tidak berzip.
·         Jangan makan dalam khemah.
·         Jangan masak dalam khemah.
·         Jangan bawak masuk kasut dalam khemah.
·         Jangan bawak masuk pakaian basah dalam khemah.
·         Dilarang merokok.
·         Dilarang membawa benda tajam.
·         Dilarang menyidai pakaian di khemah.
·         Dilarang membuat sampah.
·         Dilarang berdua-duaan.
·         Menebang pokok.
·         Membakar sampah.
·         Membuat bising.
·         Mulut celupar.
·         Menunaikan solat.
·         Berjalan malam (berteman).

Kawasan Dilarang Mendirikan Khemah
·         Bawah pokok
·         Tepi sungai
·         Tepi laut
·         Lereng bukit
·         Denai binatang
·         Atas bukit atau gunung
·         Kawasan pencawang elektrik
·         Kawasan lapang (pokok ubi)


SNORKLING

-



Taman Laut Pulau Payar
·         Mengandungi empat buah pulau, Pulay Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang.
·         Terdapat empat pulau berpasir di sebelah timur pulau ini.
·         Terdapat lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah.
·         Pulau-pulau ini digazelkan sebagai taman laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (pindaan 1993).
·         Pantai dari sepanjang timur barat dipenuhi batuan dan didirikan oleh cenuram yang curam dan juga saluran yang terbentuk oleh ombak.
·         Terdapat Pulau Taman Laut yanglengkap dengan pelbagai kemudahan.
·         Pulau ini dapat memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang segala lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang menyeronokkan.
·         Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajah Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempesonakan.
·         Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung.

Pengenalan

·         Snorkeling merupakan aktiviti yang member peluang kepada anda untuk menikmati keindahan hidupan akuatik tanpa perlu turun ke dasar laut.
·         Sebelum melakukan aktiviti ini anda perlu mempelajarinya terlebih dahulu supaya anda selesa dan dapat melakukannya dengan sempurna.


Topeng (mask)

·         Topeng adalah untuk membolehkan kita melihat dengan lebih jelas dari bawah air. Pastikan hidung kita berada di dalam topeng untuk mengelakkan dimasuki air. Goggles tidak sesuai digunakan kerana tidak tutup hidung. Topeng merangkumi faceplate (kanta), skirt dan tali pinggang.

Jenis-jenis Topeng (mask)

·         Warparound: mempunyau bahagian tepi untuk penglihatan periperal.
·         Low Profile: sesuai dan penglihatan lebih jelas kerana kanta dekat dengan muka.

Bahan Asas Topeng (mask)

·         Diperbuat daripada getang neoprene dan silicon. Silicon lebih tahan dan tiada kesan sampingan pada kulit.


Penjagaan Topeng (mask)

·         Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
·         Elakkan dari sinaran matahari secara terus.
·         Simpan di tempat sejuk dan kering setiap masa.
·         Gunakan anti kabus, ubat gigi atau saliva untuk mengelakkan kabut


Pemilihan Topeng

·         Kanta bertanda tempered glass (kanta bertekanan tinggi)
·         Padan dan kemas bila dilekapkan ke muka.
·         Pastikan mempunyai nose atau finger pocket sebaiknya Low Profile.
·         Pastikan kesesuaian tali pengikat.
·         Ujian kesesuaian boleh dilakukan dengan melekapkan pada muka tanpa tali dan tarik nafas melalui hidung dan ai akan melekap beberapa ketika.

Snokel

·         Juga dikenali sebagai J-tube merupakan alat semasa aktiviti snorkeling.
·         Tidak perlu mendonggakkan muka ke atas air untuk bernafas.
Bahan Asas Snokel
·         Diperbuat daripada kombinasi silicon dan plastik. Biasannya bahagian atas (the barres) diperbuat daripada plastik dan bahagian bawah diperbuat daripada silicon.
Pemilihan Snokel
·         Keselesaan, kesesuaian dan keberkesanan pernafasan.
·         Letakkan snokel pada mulut dengan mengigit ‘mouth piece’ manakala salur di telinga kiri.
·         Mulut hendaklah kemas dan tiada kebocoran. Cuba bernafas.
·         Bentuk, diameter dan panjang salur akan mempengaruhi pernafasan.
·         Bahagian bawah yang fleksibel dan salur air keluar akan membuat pengguna berasa selesa.

Penjagaan Snokel

·         Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
·         Elakkan dari sinaran matahari secara terus.
·         Simpan di tempat sejuk dan kering setiap masa.
·         Gunakan anti kabus, ubat gigi atau saliva untuk mengelakkan kabut



Fins/kaki Itik

·         Memudahkan pergerakan dalam air.
·         Dapat menambahkan tiga kali kelajuan berenang.
·         Mempunyai poket  untuk kaki dan permukaan kaki yang luas (the blade)


Pemilihan Fins/ Kaki Itik

·         Fins yang baik akan member kesan yang sempurna semasa snorkeling.
·         Channels lubang atau salur pada blades membenarkan air melaluinya dan mengurangkan rintangan.

Jenis-jenis Fins/ Kaki Itik

·         Adjustable Fins: boleh dilaraskan mengikut saiz kaki. Bahagian tumitnya terbuka dan perlu memakai kasut (booties).
·         Full Foot: tiada tali pengikat dan pengguna tidak perlu memakai booties. Perlu mengikut saiz kaki.
Penjagaan Fins/ Kaki Itik
·         Keselesaan, kesesuaian dan keberkesanan pernafasan.
·         Letakkan snokel pada mulut dengan mengigit ‘mouth piece’ manakala salur di telinga kiri.
·         Mulut hendaklah kemas dan tiada kebocoran. Cuba bernafas.
·         Bentuk, diameter dan panjang salur akan mempengaruhi pernafasan.
·         Bahagian bawah yang fleksibel dan salur air keluar akan membuat pengguna berasa selesa.

Keselamatan

·         Tempat: cari tempat yang sesuai atau lihat panduan kawasan.
·         ‘The Buday System’: secara berpasangan.
·         Jangan bergurau: memasukkan air dalam snokel/menarik mask atau fins.
·         Arahan keselamatan: mendengar arahan ketua atau lapor jika berlaku kecemasan.

Memakai peralatan

·         Snokel: pasang sebelah kiri menggunakan ‘snokel keeper’. Lengkapkan pada mulut dan mula bernafas.
·         Topeng: bersih dan sapu anti kabus atau air liur. Kemas dan tiada kebocoran.
·         Fins: saiz sesuai, kemas dan selesa.
·         Jaket keselamatan: mengurangkan keletihan dan sesuai untuk yang tidak tahu berenang.
·         Pakaian: mengurangkan risiko kecederaan atau terbakar cahaya matahari.

Kecemasan

·         Cedera atau luka: jangan panik atau dapat bantuan rakan dan rujuk doktor.
·         Kejang otot kaki: jangan panik. Tarik hujung blade sambil lurus kaki yang kejang.

Elakkan aktiviti jika:

·         Pakaian tidak betul, sempurna atau alatan rosak.
·         Anda terlalu lapar atau kenyang.
·         Anda mempunyai luka dan berdarah.
·         Tempat yang anda tidak pasti atau tiada arahan.
·         Anda bersendirian.


PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

-


  1.    Menyelamatkan nyawa
  2.   Mengurangkan kesakitan
  3.   Mengelakkan dari keaadan bertambah teruk
  4.     Mendapat bantuan doctor atau hantar pesakit ke hospital

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS

1)      Beri pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera teruk terlebih dahulu
2)      Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar – menjaganya terutamanya pernafasan pesakit itu.
3)      Jangan sesekali menanggalkan pakaian mangsa, sekadar melonggarkan dengan bertujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan membantu memudahkan pergerakan pernafasan mangsa.
4)      Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital

TINDAKAN SERTA MERTA

1)      Memastikan pernafasan mangsa dalam keadaan baik
2)      Memberikan rawatan renjatan dengan segera
3)      Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah
4)      Memberi rawatan yang rapid an sempurna

ARAHAN AM BANTU MULA

1)      Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans dan keluarga.
2)      Bertindak berdasarkan DR ABC ( danger, response, breathing, circulation, recovery position)
·         Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya (D)
·         Pastikan mangsa bertindak-balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya (R)
·         Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat. Kalau ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan selesa (A)
·         Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR (B)
·         Pastikan nadi mangsa berfungsi, semak nadi di leher (C) , jika tidak lakukan CPR.
·         Melakukan posisi pemulihan kepada mangsa – tangan kanan mangsa 90 darjahmelapikkan kepala, badan ke meniarap, kaki bersilang (R)


ALATAN FIRST AID

For public use:


ü  Angkub (tweezer)
ü  Plaster
ü  Krim luka antiseptic (Dettol Antiseptic Cream)
ü  Gunting lipat
ü  Pin semat
ü  Thermometer
ü  Tisu basah antiseptic (pakai buang)
ü  Pita pelekat
ü  Sabun ntiseptic
ü  Sarung tangan getah
ü  Paracetamol
ü  Buku manual pertolongan cemas
ü  Nombor talian kecemasan
ü  Minyak sapu


LUKA DAN PENDARAHAN

1)      Luka terbuka
ü  Pengaliran darah daripada luka melalui kulit
a)      Luka terhiris
·         Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar bercantum semula
b)      Luka terkoyak
·         Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak, dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku akan kelihatan mengenangi pingir-pingir luka yang senang tercemar
c)       Luka tusukan
·         Luka dalaman yang serius . senang terdedah kepada jangitan kumanyang terbawa bersama kedalam luka itu.
d)      Calar balar
·         Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpuldi bawah kulit. Hanya saluran bawah kulit telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga.
ü  Luka tertutup
·         Pendarahan yang berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan.
·         Darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau muntah.
·         Kelihatan lebam dan tanda luaran yang lansung tidak kelihatan.
 




Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
  • categories

archives

  • ▼ 2013 (6)
    • ▼ October (6)
      • KRAF PERKHEMAHAN
      • SNORKLING
      • PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
      • IKHTIAR HIDUP
      • ORIENTEERING
      • PENGENALAN REKREASI DAN KESENGGANGAN
  • LinksBlogroll

    meta

Love Our Nature with Recreation Copyright 2009 Bloggerized by FoolBlogger for Celebrity News.
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes.Printable Coupons