DEFINISI: satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang
supaya boleh terus hidup ketika menghadapi satu ancaman atau masalah bekalan
makanan.
PENGENALAN: ikhtiar hidup adalah segala usaha yang berkaitan hidup
apabila berada dalam keadaan sekeliling yang boleh menyebabkan kita mati.
SITUASI: kehabisan bekalan
makanan dan minuman, ancaman binatang buas dan masalah perlindungan.
CARA MENCEGAH SITUASI:
ü Perancangan
& persiapan secara teliti
ü Mental -
pengetahuan tentang ikhtiar hidup
ü Fizikal –
kecergasan & ketahanan tubuh badan
ü Teknik –
kemahiran ikhtiar hidup
ü Material –
peralatan, pakaian dan bekalan
PUNCA SITUASI:
ü Kelalaian
manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan, persiapan dan
pelaksanaan aktiviti.
ü Kurang
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.
PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP:
1)
Kemahuan: -
ü Segala usaha
untuk terus hidup
ü Cari sumber
makanan
ü Cari sumber
minuman
ü Cari jalan
keluar
2)
Mengatasi ketakutan:-
ü Takut pada
segala kemungkinan – hujan
ü Takut pada
segala ancaman kehidupan liar dan berbisa
ü Takut pada
persekitaran
ü Takut kepada
benda-benda mistik
3)
Undang-undang asas ikhtiar hidup
ü Menyediakan
khemah sebelum petang kerana hutan akan menjadi gelap seawall pukul lima
petang.
ü Mengumpul
seberapa banyak kayu api – sebagai pendiang, menghalau nyamuk dan binatang buas
ü Dapat tidur
yang cukup supaya cukup tenaga
4)
Peralatan ikhtiar hidup
ü Pisau atau
parang
ü Mata pancing
(tali pancing)
ü Mancis atau
pemetik api
ü Sebungkus garam
5)
Keselamatan
ü Mengutamakan
keselamatan nyawa setiap masa
ü Menjauhkan dari
perkara yang membahayakan keselamatan
ü Ikhtiar hidup
rumit jika tidak hiraukan keselamatan
6)
Usaha
ü Berbagai usaha
dilakukan untuk mengatasi masalah
ü Sikap diam diri
atau serah nasib elakkan
ü Jika gagal,
cuba kaedah lain
ü Banyak usaha,
peluang cerah
7)
Kawalan diri
ü Penting supaya
keputusan dan tindakan dapat berikan hasil yang positif – kes kecelakan diri
semasa ikhtiar hidup punca kurang kawalan diri
8)
Kerjasama
ü Jika
berkumpulan, kerjasama amat penting
ALATAN:
1)
Dua utas tali pancing
2)
Mata pancing
3)
Dua utas tali
4)
Dua batang lilin
5)
Mancis atau pemetik api
6)
Cermin muka kecil
7)
Aluminium foil
8)
Pisau kecil
9)
Kompas kecil
SUMBER AIR:
Seseorang boleh hidup lebih dua minggu dengan hanya minum air tanpa
makanan . 75% adalah air dalam badan. Kekurangan air sebanyak 2% akan
menyebabkan berlakunya kepincangan kepada sistem otot dan otak. Kekurangan air
sebanyak 10% pula berada pada tahap yang serius. Kekurangan air sebanyak 20%
pula akan menyebabkan tahap Fatal Stage maut.
PUNCA AIR:
1) Mata air
2) Hujan
3) Embun
4) Kabus
5) Tumbuhan
6) Kolam atau
tasik
7) Sungai
8) Binatang
SUMBER MAKANAN:
1)
Umbut
ü Kelapa
ü Nibung
ü Salak
ü Pisang hutan
ü Nau
ü Pinang hutan
ü Rumbia
ü Kantan
2)
Buah
ü Tampoi
ü Nam-nam
ü Kelampung
ü Asam kandis
ü Berangan
ü Ara
ü Senduduk umang
ü Asam gelugur
UJIAN PEMAKANAN DALAM HUTAN:
1)
Pemerhatian
2)
Cium atau hidu
3)
Gatal-gatal kulit
4)
Bibir, lidah atau mulut
5)
Menelan
6)
Makan
SUMBER MAKANAN DARI HAIWAN:
1)
Mamalia
ü Kancil
ü Rusa
ü Pelanduk
ü Kijang
ü Gajah
ü Harimau
2)
Reptilia
3)
Moluska
ü Siput
ü Kerang
ü Kepah
4)
Serangga
ü Anai-anai
ü Belalang
ü Cengkerik
ü Semut
ü Ulat kayu
5)
Semua jenis burung
6)
Semua jenis telur kecuali ular dan buaya
PANDUAN MENANGKAP BINATANG:
1)
Jerat
2)
Perangkap – berbentuk kurungan yang digantung
dan akan jatuh bila haiwan sentuh pemijak.
3)
Jaring
4)
Tangkap tangan – jenis binatang tertentu yang
boleh ditangkap dengan tangan. Kaedah tersebut dalakukan pada waktu malam atau
ketika binatang tidur.
TEMPAT PERLINDUNGAN:
ü Perlindungan
semulajadi – gua dan banir pokok
0 comments:
Post a Comment