Taman Laut
Pulau Payar
·
Mengandungi empat buah pulau, Pulay Payar,
Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang.
·
Terdapat empat pulau berpasir di sebelah timur
pulau ini.
·
Terdapat lebih kurang 19nm ke selatan Pulau
Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah.
·
Pulau-pulau ini digazelkan sebagai taman laut
dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (pindaan 1993).
·
Pantai dari sepanjang timur barat dipenuhi
batuan dan didirikan oleh cenuram yang curam dan juga saluran yang terbentuk
oleh ombak.
·
Terdapat Pulau Taman Laut yanglengkap dengan
pelbagai kemudahan.
·
Pulau ini dapat memberikan anda haluan serta
segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang segala lawatan anda
dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang menyeronokkan.
·
Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk
pengunjung menjelajah Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang
mempesonakan.
·
Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan
bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung.
Pengenalan
·
Snorkeling merupakan aktiviti yang member
peluang kepada anda untuk menikmati keindahan hidupan akuatik tanpa perlu turun
ke dasar laut.
·
Sebelum melakukan aktiviti ini anda perlu
mempelajarinya terlebih dahulu supaya anda selesa dan dapat melakukannya dengan
sempurna.
Topeng
(mask)
·
Topeng adalah untuk membolehkan kita melihat
dengan lebih jelas dari bawah air. Pastikan hidung kita berada di dalam topeng
untuk mengelakkan dimasuki air. Goggles tidak sesuai digunakan kerana tidak tutup
hidung. Topeng merangkumi faceplate (kanta), skirt dan tali pinggang.
Jenis-jenis
Topeng (mask)
·
Warparound: mempunyau bahagian tepi untuk
penglihatan periperal.
·
Low Profile: sesuai dan penglihatan lebih jelas
kerana kanta dekat dengan muka.
Bahan Asas Topeng (mask)
·
Diperbuat daripada getang neoprene dan silicon.
Silicon lebih tahan dan tiada kesan sampingan pada kulit.
Penjagaan Topeng (mask)
·
Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
·
Elakkan dari sinaran matahari secara terus.
·
Simpan di tempat sejuk dan kering setiap masa.
·
Gunakan anti kabus, ubat gigi atau saliva untuk
mengelakkan kabut
Pemilihan Topeng
·
Kanta bertanda tempered glass (kanta bertekanan
tinggi)
·
Padan dan kemas bila dilekapkan ke muka.
·
Pastikan mempunyai nose atau finger pocket
sebaiknya Low Profile.
·
Pastikan kesesuaian tali pengikat.
·
Ujian kesesuaian boleh dilakukan dengan
melekapkan pada muka tanpa tali dan tarik nafas melalui hidung dan ai akan
melekap beberapa ketika.
Snokel
·
Juga dikenali sebagai J-tube merupakan alat
semasa aktiviti snorkeling.
·
Tidak perlu mendonggakkan muka ke atas air
untuk bernafas.
Bahan Asas
Snokel
·
Diperbuat daripada kombinasi silicon dan
plastik. Biasannya bahagian atas (the barres) diperbuat daripada plastik dan
bahagian bawah diperbuat daripada silicon.
Pemilihan
Snokel
·
Keselesaan, kesesuaian dan keberkesanan
pernafasan.
·
Letakkan snokel pada mulut dengan mengigit
‘mouth piece’ manakala salur di telinga kiri.
·
Mulut hendaklah kemas dan tiada kebocoran. Cuba
bernafas.
·
Bentuk, diameter dan panjang salur akan
mempengaruhi pernafasan.
·
Bahagian bawah yang fleksibel dan salur air
keluar akan membuat pengguna berasa selesa.
Penjagaan
Snokel
·
Bilas dengan air bersih selepas digunakan.
·
Elakkan dari sinaran matahari secara terus.
·
Simpan di tempat sejuk dan kering setiap masa.
·
Gunakan anti kabus, ubat gigi atau saliva untuk
mengelakkan kabut
Fins/kaki
Itik
·
Memudahkan pergerakan dalam air.
·
Dapat menambahkan tiga kali kelajuan berenang.
·
Mempunyai poket
untuk kaki dan permukaan kaki yang luas (the blade)
Pemilihan Fins/ Kaki Itik
·
Fins yang baik akan member kesan yang sempurna
semasa snorkeling.
·
Channels lubang atau salur pada blades
membenarkan air melaluinya dan mengurangkan rintangan.
Jenis-jenis
Fins/ Kaki Itik
·
Adjustable Fins: boleh dilaraskan mengikut saiz
kaki. Bahagian tumitnya terbuka dan perlu memakai kasut (booties).
·
Full Foot: tiada tali pengikat dan pengguna
tidak perlu memakai booties. Perlu mengikut saiz kaki.
Penjagaan
Fins/ Kaki Itik
·
Keselesaan, kesesuaian dan keberkesanan
pernafasan.
·
Letakkan snokel pada mulut dengan mengigit
‘mouth piece’ manakala salur di telinga kiri.
·
Mulut hendaklah kemas dan tiada kebocoran. Cuba
bernafas.
·
Bentuk, diameter dan panjang salur akan
mempengaruhi pernafasan.
·
Bahagian bawah yang fleksibel dan salur air
keluar akan membuat pengguna berasa selesa.
Keselamatan
·
Tempat: cari tempat yang sesuai atau lihat
panduan kawasan.
·
‘The Buday System’: secara berpasangan.
·
Jangan bergurau: memasukkan air dalam
snokel/menarik mask atau fins.
·
Arahan keselamatan: mendengar arahan ketua atau
lapor jika berlaku kecemasan.
Memakai
peralatan
·
Snokel: pasang sebelah kiri menggunakan ‘snokel
keeper’. Lengkapkan pada mulut dan mula bernafas.
·
Topeng: bersih dan sapu anti kabus atau air
liur. Kemas dan tiada kebocoran.
·
Fins: saiz sesuai, kemas dan selesa.
·
Jaket keselamatan: mengurangkan keletihan dan
sesuai untuk yang tidak tahu berenang.
·
Pakaian: mengurangkan risiko kecederaan atau
terbakar cahaya matahari.
Kecemasan
·
Cedera atau luka: jangan panik atau dapat
bantuan rakan dan rujuk doktor.
·
Kejang otot kaki: jangan panik. Tarik hujung
blade sambil lurus kaki yang kejang.
Elakkan
aktiviti jika:
·
Pakaian tidak betul, sempurna atau alatan
rosak.
·
Anda terlalu lapar atau kenyang.
·
Anda mempunyai luka dan berdarah.
·
Tempat yang anda tidak pasti atau tiada arahan.
·
Anda bersendirian.
0 comments:
Post a Comment